E-FOLIO DUB2012 NILAI
MASYARAKAT POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
NAMA
KUMPULAN : Kumpulan
DRM2A
SEMESTER
: Dua
SESI : December
2016
PENSYARAH : Encik
Muhammad Solihin bin Yaakub
AHLI KUMPULAN : Chin Suet Wen (15DRM16F1001)
Chai Peng Sang (15DRM16F1009)
Wong Lai Kei (15DRM16F1011)
Ravin Raj a/l Mathiyalagan (15DRM16F1013)
Jenny Feer a/p Samuil (15DRM16F1023)
Haslinda a/p Shamsuri (15DRM16F1026)
MAKSUD PERPADUAN
Perpaduan
ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan
sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk
kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini
lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains
kemasyarakatan.
Asas
perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas
atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai
saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih
kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang
menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.
Perpaduan
merujuk kepada suasana dan ikatan mesra antara rakyat dalam sesebuah
negara. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin
menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan
pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
FAKTOR
PEMILIHAN ISU PERPADUAN
Peristiwa
13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal
ini demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum
akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar batasan
dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya.
Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh
menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa
memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar
menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa
mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan
kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu
identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama
kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.
Rentetan
peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17
Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang
negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali
keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya
mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan.
Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan
Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri
Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan
menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula
ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan
keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk
menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja
sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi
Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan
aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang
kaum.
Penubuhan
parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila
kesedaran politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh
Inggeris di negara ini. Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya
bermaksud untuk membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk
apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan
MIC yang merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India
dalam bidang politik dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah
mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai 1948 hinggalah 1956
. Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum
dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan
penduduknya dapat bekerjasama antara satu sama lain.
Kerajaan
telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan
Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula
menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam
Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam
sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan
dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek
dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin
dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa
pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan
berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem
peperiksaan yang sama dan sebagainya.
STATUS ISU PERPADUAN DI MALAYSIA
Pergolakan Kaum Menggugat Kedaulatan Negara
Negara kita telah
pun mencapai kemerdekaan selama 55 tahun, namun dalam soal perpaduan
di kalangan masyarakat berbilang kaum masih tidak lagi diselesaikan
sepenuhnya.
Pada masa kini,
hubungan yang harmoni sesama kaum dipandang ringan oleh sebahagian
besar daripada kita. Menurut Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz, isu
sensitif antara kaum dalam soal hak, warna kulit, kepercayaan agama
dan budaya sering dipertikaikan.
Sebagai contoh,
dalam insiden seorang pengetua sekolah menengah dan penolong pengarah
sebuah agensi kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur
rasis, mereka didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di
negara ini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang
keagamaan Hindu yang dipakai pelajar-pelajar India seperti rantai
anjing adalah amat menyedihkan.
Walaupun terdapat
sebab-sebab di sebalik kejadian tersebut, tetapi perkataan sedemikian
yang dikeluarkan oleh seseorang yang berkelayakan tinggi telah
menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat Cina dan India,
seolah-olah mereka diperlakukan seperti warga negara kelas kedua.
Pada satu sudut yang
lain pula, seorang bloger yang kemudian menjadi artis dan pengarah
popular yang bernama Namewee sering kali menggubah lagu-lagu yang
mengandungi unsur-unsur yang dilihat sebagai rasis oleh orang Melayu.
Tetapi
Namewee dikatakan bertindak sedemikian hasil daripada pengalamannya
yang tidak dilayan dengan wajar oleh pihak-pihak tertentu.
Filem kontroversinya
‘Nasi Lemak 2.0’ tidak menikmati penolakan cukai sebanyak 20%
sebagaimana yang dinikmati oleh kebanyakan filem tempatan Malaysia
yang lain walaupun filem tersebut berjaya menonjolkan konsep
1Malaysia dan telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan di
luar negara.
Ironinya, tiada
sebarang pengecualian atau pengiktirafan yang diberikan walaupun
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (2011),
menyokong dan berkata bahawa ‘Nasi Lemak 2.0’ merupakan filem
1Malaysia.
Justeru, ia
membuktikan bahawa isu keharmonian antara kaum masih menjadi
persoalan besar dan penyelesaian bagi masalah ini tidak ditemui lagi
walaupun pelbagai usaha telah diambil.
KONSEP ASAS PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
Integrasi amat sukar
untuk difahami kerana memerlukan pengorbangan dalam menjayakannya.
Proses ini bukan mudah dicapai sekiranya masyarakat di Malaysia masih
lagi mempunyai sikap berpuak-puak dan bersikap perkauman antara satu
dan lain. Sebab itulah terdapatnya tiga konsep asas perpaduan dan
integrasi nasional yang perlu kita fahami terlebih dahulu.
Asimilasi
- Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, asimilasi bermaksud pemaduan
bermacam-macam atau jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu
seperti pemaduan unsur-unsur daripada kebudayaan yang berlainan
menjadi satu kebudayaan. Ini bermakna asimilasi merupakan satu proses
dua kebudayaan dibentuk menjadi satu bentuk budaya yang baru bagi
mengurangkan perbezaan etnik yang ketara. Masyarakat yang berfikiran
secara berlainan akan bersatu dalam kebudayaan yang sama.. Asimilasi
mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti diwakili dengan formula
A+B+C =A. Etnik minoriti iaitu B dan C akan mengamalkan bentuk
kebudayaan A yang merupakan golongan dominan dalam sesebuah negara.
Di Malaysia, sebagai contoh asimilasi bukanlah konsep perpaduan yang
baru di Malaysia. Kita lihat sahaja, masyarakat Baba dan Nyonya
menjadi rujukan terbaik hasil daripada proses asimilasi etnik Cina
dengan kebudayaan Melayu. Pada zaman Kesultanan Melaka dan Kesultanan
Johor-Riau asimilasi suku Orang Laut berlaku apabila dalam
perkahwinan campur berlaku menyebabkan Suku Mah Meri, suku Orang
Kanaq, suku Orang Kuala dan suku Orang Seletar dikategorikan oleh
Malaysia sebagai orang asli Malaysia. Pada hari ini kita dapat
melihat orang Cina dan India berbaju kurung dan ini tidak memberi
pandangan yang sinis oleh orang Melayu. Berkat daripada sistem
pendidikan kebangsaan, generasi muda bukan Melayu begitu fasih
berbahasa kebangsaan.
Amalgamasi
- Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau
ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama
dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya
perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Terori amalgamasi
dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan C mewakili
kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru
terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh,
kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan
campur lalu membentuk satu generasi baru atau budaya baru tanpa
menuruti budaya asal mereka. Di Malaysia, proses amalgamasi yang
dapat kita lihat pada masa kini adalah masyarakat Serani iaitu
perkahwinan campur antara orang Portugis dan Melayu.
Pluraliti -
Pluraliti ataupun majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan
yg mem punyai satu pengertian. Masyarakat majmuk bermaksud ~ masya
rakat yg terdiri daripada beberapa kaum (suku bangsa) atau
bangsa.Pluralisme budaya bukan fenomena baru dalam Alam Melayu.
Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme,
Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (yang diwakili oleh Portugis,
Sepanyol, Belanda dan British) dengan budaya Alam Melayu telah
berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke 5 Masihi lagi. Pertembungan
dan pertemuan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan
satu ciri fenomena social yang istimewa dalam Alam Melayu iaitu
fenomena kepluralitian budaya.
KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DALAM DI MALAYSIA
Perpaduan
ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakatan dan Negara
keseluruhannya melalui ideology Negara supaya tiap-tiap anggota
masyarakatan dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan
memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan
Negara. Sejak merdeka lagi,kerajaan telah memupuk semangat perpaduan
dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk
mencapai proses perpaduan ini.Tanpa perpaduan, kemajuan Negara yang
ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi
kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana
kemajuan. Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia adalah;
Kepentingan
perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan
wujudnya masyarakat berbilang kaum di Negara kita seperti
cina,melayu,india,kadazan dan sebagainya. Peribahasa “rambut sama
hitam, hati lain lain” jelas menunjukkan walaupun manusia
mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan
manusia adalah berbeza. Dengan wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat,barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang
sama dapat tercapai. Olehhal yangdemikian,sebagai rakyat
Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum
dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa,”bulat air
kerana pembentung, bulat airkerana muafakat".
Kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk
memantapkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan
mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi
menjana perpaduan yang kita idamkan.
RUMUSAN
Keamanan
negara di Malaysia sangat penting dalam usaha negara kita menginjak
menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara
faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui
situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau
tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan
peristiwa 13 Mei 1969, kita wajar memperkuat
semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat
dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai
ini.
Dalam
nada yang sama, kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa
sejarah negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan
kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini
tidak lagi akan berlaku .
Seterusnya,
kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat
dicapai jika semua rakyat bersatu padu, bertolak ansur, hormat
menghormati antara sesama angota masyarakat.
Akhir
sekali, kita berharap agar semua warganegara di negara kita akan
sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan, tidak terpengaruh
dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak
berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini
agar menjadi lebih bermakna.
CADANGAN
KEPADA PIHAK BERWAJIB
Setiap
tahun menjelang sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan, rakyat
Malaysia tidak asing lagi dengan tema sambutan yang silih berganti.
Jika slogan tersebut dibaca dan diteliti, ia akan membawa satu mesej
yang sama iaitu kepentingan masyarakat berbilang kaum, budaya dan
agama di negara ini agar hidup bersatu-padu, saling menghormati
antara satu sama lain serta saling membantu sesama jiran tetangga.
Perpaduan
yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan
kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang
demikian, perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting
dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah
diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata.
Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di
negara ini?
Sebagai
cadangan pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul
dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu
bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri
anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar
dari rebungnya”. Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran
yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak
mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan.
Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak
dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.
Selain
itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam
pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan
bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai
bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa
dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan
hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa
perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.
Seterusnya,
institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan
semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara
cadangan yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja
berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan
pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah,
seperti kajian sains, persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di
sekolah.
Guru-guru
juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk
menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang
berlainan kaum dan bukannya sesama satu kaum sahaja. Dalam proses
menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan
isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan
warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata,
pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan
semangat perpaduan di peringkat sekolah.
Di
samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah
negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu
daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam
mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
mulai tahun 2013.
Cadangan
tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat
kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan
memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi
berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih
menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini.
Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai
semangat perpaduan dalam diri mereka.
Pada
masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang
tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat
diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak mengambil
kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang
dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan. Masyarakat setempat juga
boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara
ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti
gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan
untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum.
Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin kesejahteraan hidup
warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi antara
jiran tetangga berlainan bangsa.
No comments:
Post a Comment